LABUAN, 12 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menahan sebuah kapal bersama lima nelayan Vietnam kerana menceroboh perairan Labuan untuk menangkap ikan secara haram, petang semalam. Pengarah APMM Labuan Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata berdasarkan maklumat awam, pihaknya menahan kapal itu dan lima awak-awak termasuk tekong itu pada 2:30 petang ketika