Saturday, April 26, 2025
26.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pegawai polis Thailand terbunuh dalam nahas pesawat

    Bangkok, 25 APRIL –  Lima pegawai polis Thailand terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas ke laut semasa latihan terjun payung berhampiran sebuah bandar peranginan hari ini, menurut pihak polis.

    Kejadian itu berlaku sekitar jam 8:00 pagi di perairan luar pesisir wilayah Prachuap Khiri Khan, di selatan Bangkok.

    Jurucakap polis, Archayon Kraithong, berkata lima daripada enam pegawai yang berada dalam pesawat terbunuh, manakala seorang lagi kini dirawat di hospital dalam keadaan parah.

    Pihak berkuasa sedang meneliti data perakam kotak hitam pesawat berkenaan bagi menentukan punca nahas.

    Media tempatan melaporkan pesawat itu terhempas kira-kira 100 meter dari pantai di daerah Cha-am, sebuah lokasi percutian hujung minggu popular yang terletak kira-kira 130 kilometer ke barat daya bandar tersebut.

    Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan pesawat berputar sebelum menjunam ke laut, dengan orang ramai dilihat meredah air separas dada untuk sampai ke lokasi kejadian.

    Ketua Polis Thailand, Kitrat Phanphet, berjanji akan menjalankan siasatan penuh.

    “Polis Diraja Thailand merakamkan ucapan takziah yang paling tulus kepada para pegawai berani yang telah terkorban,” kata kenyataan itu. –AFP

    Sebuah pesawat kecil milik polis kelihatan terhempas ke dalam laut, mengorbankan beberapa individu di dalamnya, di wilayah Prachuap Khiri Khan, barat Thailand, pada, 25 April. -AP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda