Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pejuang Palestin terbunuh dalam letupan

    BEIRUT, 31 MEI – Lima pejuang daripada kumpulan Palestin pro-Syria terbunuh dalam satu letupan tidak sengaja di sebuah pangkalan di timur Lubnan, kata sumber keselamatan Lubnan hari ini.

    Jurucakap Barisan Popular bagi Pembebasan Komando Jeneral Palestin (PFLP-GC) sebaliknya menuduh Israel melakukan ‘serbuan semalaman’ di pangkalan di Qusaya, berhampiran sempadan Syria. Namun, Israel menafikan sebarang penglibatan.

    “Sebuah roket lama meletup di depot senjata di pangkalan itu dan lima pejuang terbunuh,” kata sumber keselamatan itu, meminta namanya dirahsiakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

    Kumpulan yang berpangkalan di Damsyik itu mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syria dan sekutu utamanya, Hizbullah, dan mempunyai pangkalan di timur Lembah Bekaa di Lubnan.

    Jurucakap PFLP-GC, Anwar Raja berkata, Israel telah melakukan ‘serbuan semalaman’ di pangkalan itu.

    “Lima pejuang terbunuh,” katanya kepada AFP, sambil menambah bahawa ‘buat masa ini kami tidak mempunyai maklumat lebih terperinci mengenai operasi itu.’

    Tentera Israel bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dalam letupan maut itu.

    “Ini bukan aktiviti IDF (tentera Israel),” kata seorang jurucakap kepada AFP. – AFP

    Kumpulan yang berpangkalan di Damsyik itu mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syria dan sekutu utamanya di Lubnan, Hizbullah dan mempunyai pangkalan di Lembah Bekaa timur Lubnan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda