Sunday, November 17, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelajar harumkan nama sekolah

    Oleh SIM Y. H.
    Gambar serahan Sekolah Chung Ching

    Lima orang murid peringkat rendah dari Sekolah Chung Ching telah mengharumkan nama sekolah berkenaan apabila memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Cabaran Video yang dianjurkan oleh Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), baru-baru ini.

    Murid-murid yang memenangi hadiah berkenaan ialah Raja Mora Sinaga, On Zhi Quan, Dayangku Dhiya’ Hannah Batrisyia, Awang Mohamad Zaim bin Mohamad Shaffie dan Hugo Foo Tai Cheng yang dibimbing oleh guru-guru mereka iaitu Akhila Unni, Ling Sin Tzee, Dayang Nur Hafidzah, Dayang Amirah dan Matthias Rieder dalam pembuatan video itu.

    Pertandingan yang membawa tema ‘Pertanian Inovatif dan Mampan’ menyaksikan murid-murid memfilemkan dan menerbitkan video di bawah bimbangan empat tenaga pengajar sains serta dibantu oleh seorang guru kesenian.

    Isi video berkenaan bertujuan mempromosikan manfaat tanah tanaman organik buatan sendiri dan untuk membuktikannya boleh membawa kepada pertanian mampan serta juga memulihara ekologi alam sekitar.

    Kumpulan murid dan tenaga pengajar Sekolah Chung Ching bergambar ramai dengan hadiah tempat pertama Pertandingan Cabaran Video yang dianjurkan oleh Pusat STEP, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda