Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelajar terima Biasiswa SEED

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Lima pelajar universiti tempatan telah dianugerahkan Biasiswa Canada-ASEAN Scholarships and Educational Ex-changes for Development (SEED) bagi sesi akademik 2024-2025.

    Menurut kenyataan Suruhanjaya Tinggi Kanada di Negara Brunei Darussalam, di sini, tiga pelajar berkenaan adalah dari Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan dua lagi dari Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Pelajar-pelajar UTB yang terpilih iaitu Dayang Nurul Izzatullah binti Awang dan Dayang Nurul Iffah Adriana Izzati @ Wafa Liyan akan menuntut di Kwantlen Polytechnic University di Vancouver, British Columbia bagi Kursus Teknologi dan Rekaan Fesyen.

    Seorang lagi pelajar UTB, Awang Mohammad Amirul Hakim bin Haji Shamli akan menuntut di Memorial University di St-John’s, Newfoundland untuk Kursus Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik.

    Sementara itu, pelajar dari UBD, Nicky Lapira akan mengikuti Kursus Pentadbiran Perniagaan dan Awang Mohammad Nirwan Nizam bin A. Hamidun mengikuti pengajian Sains Kesihatan dalam Kejururawatan di Memorial University, Newfoundland.

    Dengan penerima biasiswa baharu berkenaan, setakat ini seramai 24 pelajar dari universiti-universiti Brunei telah menerima biasiswa SEED sejak program itu bermula di Brunei pada 2022.

    Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan akan berlepas ke Kanada tahun ini.

    Beliau menggalakkan mereka untuk bekerja keras dan memanfaatkan pelbagai pengalaman pendidikan yang terdapat dalam sistem pendidikan Kanada yang terkenal di dunia.

    Pelajar-pelajar berkenaan akan berada di Kanada selama antara empat hingga enam bulan iaitu sama ada semasa semester musim luruh 2024 atau musim sejuk 2025.

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda