Saturday, September 21, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelajar UNISSA ikuti LI di UiTM

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Lima orang pelajar Sarjana Muda Sains Halal dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban (PPHT), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah berlepas ke Kuching, Sarawak Malaysia, baru-baru ini, untuk memulakan latihan industri (LI) selama 10 minggu di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

    Pelajar-pelajar berkenaan ialah Dayang Zulfah Syauqina binti Haji Muhamad, Awang Muhammad Ikram Mirza bin Haji Sufri, Awang Muhammad Faris bin Muntil, Dayang Nur Syafiqah binti Mohammad Asnawi dan Dayang Nur Fasiha Farahiyah binti Mohammad Hamdy.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UNISSA, LI merupakan usaha pihak universiti untuk memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman pekerjaan yang lebih luas dan membangunkan kemahiran profesional mereka, antaranya komunikasi, kesedaran diri, dan keyakinan.

    Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan Pengarah PPHT, Dr Zeiad Amjad Abdulrazzak Aghwan; Ketua Program Prasiswazah serta Penyelaras At-Tamayyuz PPHT, Dr Siti Nur Idayu binti Haji Matusin; Pensyarah PPHT, Profesor Madya Dr Moohamad Ropaning Sulung; serta Penolong Pensyarah PPHT, Dayang Raihana binti Mohd Raffi.

    Pihak PPHT sangat berbangga dengan pencapaian kelima-lima pelajar tersebut dan berharap pengalaman mereka di UiTM boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menjadikan diri mereka sebagai individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

    Lima orang pelajar PPHT UNISSA bergambar ramai sebelum berangkat mengikuti LI. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda