Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelancong China maut dalam nahas van di Bali

    DENPASAR, 14 NOV – Sebuah van yang membawa pelancong China hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan pada pagi hari ini di pulau peranginan Bali, Indonesia sehingga mengakibatkan lima penumpang maut dan lapan lagi cedera.

    Van tersebut dalam perjalanan dari selatan ke utara pulau itu melalui jalan berselekoh dan menuruni bukit. Pemandunya telah hilang kawalan sebelum kenderaan itu terbabas ke tepi jalan dan merempuh sebuah pokok di sebuah kebun, kata Ketua Polis daerah Buleleng, Ida Bagus Widwan Sutadi.

    “Disebabkan kurang berhati-hati ketika membelok dan menuruni bukit, pemandu telah terbabas dari jalan berturap dan memasuki kebun penduduk, menyebabkan kemalangan jalan raya,” kata Sutadi dalam kenyataan itu. Jalan raya utama di kawasan kampung

    Padangbulia berada dalam keadaan kering ketika kejadian.

    Di samping itu, pemandu warga Indonesia, yang tidak memerlukan rawatan hospital telah ditahan. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda