Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pelanggan Baiduri Capital menang tiket percutian percuma

    Oleh Imelda Groves HA

    Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Lima pelanggan Baiduri Capital telah terpilih sebagai pemenang Promosi Ulang Tahun Pertama Baiduri Capital dengan membawa pulang tiket penerbangan percuma ke London, Tokyo, Melbourne dan Hong Kong.

    Dalam tempoh promosi berkenaan, setiap $1,000 yang dilaburkan dalam sekuriti termasuk saham dan dana dagangan bursa (ETF), bon atau unit amanah membolehkan pelanggan mendapat peluang untuk memenangi tiket percutian.

    Selain itu, pelanggan yang melabur dari serendah $10,000 dalam mana-mana unit amanah edaran Baiduri Capital akan mendapat peluang untuk memenangi pelbagai hadiah seperti baucar membeli-belah bernilai $100, Black Edition GoPro Hero4, Samsung Galaxy S7 Edge LTE 32GB atau iPhone 7 256GB.

    Hadiah utama untuk tiket pergi balik ke London telah dimenangi oleh Haji Awang Andinan bin Haji Mohd Daud, Loh Swee Sen dan Rodrigue Joseph Paul Harvey membawa pulang tiket pergi balik ke Hong Kong, Low How Kun @ Lau How Kun memenangi tiket pergi balik ke Melbourne dan Lim Chung Peng pula memenangi tiket pergi balik ke Tokyo.  Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Baiduri Capital, Pierre Imhof.

    Pierre Imhof ketika bercakap mengenai kemajuan yang dicapai setakat ini berkata, “Sejak pelancaran Baiduri Capital lebih setahun yang lalu, kita telah melihat peningkatan pelanggan yang stabil dan ramai daripada mereka adalah profesional muda dalam pasaran sekuriti.”

    Pierre Imhof bergambar ramai bersama para pemenang.
    Pierre Imhof bergambar ramai bersama para pemenang.

    Mengenai rancangan masa depan Baiduri Capital, Pierre Imhof berkata, “Kami akan terus memperkenalkan lebih banyak produk kepada pelanggan, membantu membangunkan keupayaan pelaburan pelanggan dan meneruskan usaha mendidik mereka melalui seminar, bengkel dan pameran bergerak dengan bantuan pakar-pakar dan penganalisis dari luar negara.

    Turut hadir ialah Pengarah Baiduri Capital, Pengiran Azaleen Pengiran Dato Haji Mustapha dan Pengurus Besar Baiduri Capital, Peng Eng Soon serta Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui.

    Baiduri Capital menawarkan produk pelaburan dalam kelas aset yang berbeza dan menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan untuk memenuhi profil risiko yang berbeza.

    Selain sekuriti, pelanggan juga boleh melabur dalam bon, ETF serta unit amanah dan pelaburan berkaitan pelan insurans hayat.

    Bakal pelabur dikehendaki melengkapkan profil risiko pelanggan untuk memastikan mereka memahami risiko sebelum mengambil mana-mana produk pelaburan.

    Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada laman web Baiduri Capital di www.baiduri.com/baiduricapital atau menghubung talian 2268823/8826 pada waktu pejabat.

    Orang ramai juga boleh mengikuti di Facebook Baiduri Bank Group, Instagram atau Twitter @baiduribank.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda