Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Lima orang pelanggan bertuah Bank Standard Chartered (StanChart) telah diraikan setelah memenangi Promosi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pusat Perbankan Keutamaan, Bank StanChart, Gadong, baru-baru ini.
Promosi yang berakhir pada penghujung Ogos lalu berkenaan menetapkan para pemegang kad kredit StanChart yang membelanjakan minimum $78 dalam satu transaksi semasa tempoh promosi layak mendapat peluang cabutan bertuah.
Selain itu, pelanggan yang layak boleh menerima peluang tambahan untuk cabutan bertuah apabila mereka berbelanja di peniaga tempatan, rakan kongsi bank The Good Life serta berbelanja di luar negara menggunakan kad-kad kredit Classic, Gold, Platinum dan Infinite StanChart.
Para pemenang promosi berkenaan terdiri daripada Vivien Ang Lian Eng dengan hadiah berupa Apple iPad Pro 13-inci dengan cip M4; Shilpi menerima hadiah berupa Apple MacBook Air 13-inci dengan cip M3; Awang Mohammad Adiazizi bin Haji Awang Mohd Mahdi membawa pulang hadiah Bose Ultra Open Earbuds; Ting See Hung dengan hadiah berupa Marshall Major IV; dan Lee Yen Ping memperoleh hadiah berupa JBL Tune 670NC.
Hadiah-hadiah berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Loyalty, Partnership & Alliance StanChart, Dayang Siti Nor Rahmah binti Haji Mohd Jaafar.
Kad kredit StanChart diiktiraf dan diterima di peringkat global serta didatangkan dengan pelbagai faedah dan keistimewaan sambil menawarkan transaksi selamat melalui sistem pengawasan penipuan yang teguh, menjadikannya teman terbaik dalam perjalanan.