Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pemenang bertuah Intracorp

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Lima pelanggan Syarikat Intracorp (B) Sdn Bhd memenangi TV Pintar FHD Samsung 32 inci setelah dipilih sebagai pemenang utama dalam kempen cabutan bertuah yang berlangsung pada September hingga Oktober lalu.

    Dayang Hanisah binti Haji Kamis, Susieh Soh, Awang Ali bin Abdullah, Dayang Selena Faritana Ramli dan Awang Adinin Haji Ahmad menerima hadiah masing-masing pada majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Intracorp ( B) Sdn Bhd, Gadong, di mana penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Intracorp (B) Sdn Bhd, Lau Kok Siang.

    Majlis turut menyaksikan dua pemenang tempat pertama membawa pulang Sound Bar HW-F751, empat orang pemenang kedua memenangi Sound Bar HW-F551, enam pemenang ketiga menerima Sound Bar HW-F450 dan sembilan lagi menerima hadiah sagu hati berupa Samsung Galaxy Tab A.

    Dayang Lolita, dari Intracorp berkata, sepanjang kempen cabutan bertuah berkenaan, pelanggan yang membeli apa jua produk jenama Samsung di Intracorp berpeluang mendapatkan satu kupon untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.

    Sesi bergambar ramai bersama pemenang-pemenang bertuah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda