Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pendatang lemas di perairan Libya

    TRIPOLI, 28 OGOS – Sekurang-kurangnya lima pendatang lemas manakala 65 lagi diselamatkan di pantai barat laut Libya, lapor agensi berita Anadolu memetik Angkatan Tentera Laut Libya.

    Pengawal pantai negara itu menerima maklumat sebuah bot dinaiki pendatang berada kira-kira sembilan kilometer dari pantai bandar Khoms dan memerlukan bantuan segera, kata pihak Tentera Laut Libya dalam satu kenyataan. Bot itu membawa migran dari Sudan, Mesir dan Maghribi. Operasi mencari sedang dijalankan untuk mengesan mayat atau mangsa yang selamat.

    Pesuruhjaya Tinggi UNHCR dalam kenyataannya berkata, sekurang-kurangnya 40 pendatang kebanyakan warga Sudan dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda