Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima pesakit COVID-19 maut hospital terbakar

    BUCHAREST, 29 JAN – Satu kebakaran meletus awal hari ini di hospital utama Romania yang menempatkan pesakit koronavirus, membunuh lima di antara mereka dalam kejadian kedua seumpama itu dalam tiga bulan.

    Anggota kecemasan menemui tiga pesakit maut di hospital Matei Bals di ibu negara Bucharest, dan gagal menyelamatkan mangsa keempat, beritahu Raed Arafat, setiausaha kementerian dalam negeri, kepada wartawan.

    Mayat mangsa kelima ditemui dalam salah sebuah bilik mandi, tambah Menteri Dalam Negeri Lucian dalam kenyataan. Kebakaran meletus di tingkat bawah bangunan pada kira-kira 5 pagi, menjejas empat wad dan mendorong kepada pengosongan dan pemindahan 102 pesakit, kata Orlando Schiopu, ketua pemeriksa situasi kecemasan. – AFP

    Paramedik dan anggota keselamatan berada di luar sebuah hospital selepas kebakaran meletus di tingkat bawah kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda