Sunday, May 4, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima selamat selepas pesawat mendarat di paya dipenuhi buaya

    LA PAZ, 4 MEI – Lima orang terselamat selama 36 jam dalam paya yang dipenuhi buaya selepas pendaratan cemas di Amazon Bolivia, kata pihak berkuasa tempatan dan juruterbang Jumaat lalu.

    “Semua yang berada di dalam pesawat – tiga wanita, seorang kanak-kanak dan juruterbang berusia 29 tahun – diselamatkan dari pesawat yang terbalik,” kata Pengarah Pusat Operasi Kecemasan di wilayah Beni, Wilson Avila.

    Pesawat itu sedang terbang dari bandar Baures ke bandar utara-tengah Trinidad, 180 kilometer jauhnya, apabila ia menghadapi masalah.

    Juruterbang pesawat berenjin tunggal berusia 29 tahun, Andres Velarde, berkata kepada media tempatan dari tempat dia dirawat, pesawat itu tiba-tiba mula kehilangan ketinggian.

    Dia mencari kawasan lapang untuk mendarat tetapi terpaksa mendarat di paya berhampiran lagun.

    Kelima-lima mereka mendapati diri mereka dikelilingi oleh buaya yang berada dalam jarak tiga meter, kata Velarde, sambil menambah dia mengesyaki minyak tanah yang bocor dari pesawat telah menghalang pemangsa itu.

    Tambahnya, mereka juga melihat anakonda di dalam air yang keruh.

    “Kami tidak boleh minum air dan tidak boleh pergi ke tempat lain disebabkan buaya itu,” kata Velarde.

    Kelima-lima mereka berjaya diselamatkan selepas dikesan oleh nelayan tempatan dan kemudiannya dibawa ke hospital. – AFP

    Envato

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda