Monday, March 10, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima singa dari Ukraine dipindahkan ke Poland

    WARSAW, 14 JUN – Lima ekor singa, termasuk tiga ekor anak singa, yang dipindahkan dari Ukraine telah mendapat perlindungan sementara di zoo Poznan di barat Poland, kata pihak zoo hari ini.

    “Singa-singa itu dalam keadaan selamat dan sihat,” kata Remigiusz Kozinski dari jabatan pendidikan zoo kepada AFP.

    “Haiwan-haiwan itu tiba di sini semalam. Kami terpaksa memberi ubat penenang semasa ia tiba. Singa-singa itu masuk secara senyap-senyap ke dalam sangkar baharunya,” tambahnya.

    Singa dalam kumpulan itu dipisahkan daripada singa betina beserta tiga anaknya, kata Kozinski.

    “Ia sedang menyesuaikan diri dengan keadaan baharunya,” ujarnya.

    Gambar Freepik menunjukkan beberapa ekor singa berada di kawasan tanah lapang.

    Haiwan baharu itu akan tinggal di Poznan selama beberapa minggu sebelum dipindahkan ke organisasi di negara lain, tambahnya.

    “Pemindahan kucing besar ini berjaya dilakukan melalui kerjasama antara Persekutuan Kebajikan Haiwan Antarabangsa (IFAW), Penyelamat Haiwan Liar, Uanimals, dan zoo Poznan,” kata kenyataan dari IFAW hari ini.

    Singa betina, Asya, yang berusia tiga tahun, telah diselamatkan ketika sedang bunting dari wilayah Donetsk di timur Ukraine, tambahnya. Ia melahirkan anak-anaknya, Teddi, Emi, dan Santa pada bulan Oktober.

    “Singa-singa ini beruntung kerana masih menyusu daripada ibunya dan pernah berinteraksi dengan manusia,” kata IFAW.

    Singa berusia dua tahun, Viseris, ketika diselamatkan dari kemudahan persendirian yang sama, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan yang lain. ”Ini adalah mangsa yang tidak dijangka dalam perang ini,” kata Natalia Gozak dari IFAW.– AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda