Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima syarikat didenda kompaun $250

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Lima buah syarikat telah dikenakan denda kompaun sebanyak $250 oleh Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) kerana melanggar Peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018 semasa Operasi Kemas kali kedua bagi 2022, baru-baru ini.

    Operasi yang tertumpu di Mukim Kilanas dan Mukim Sengkurong itu telah mendapati syarikat-syarikat berkenaan telah meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang di kawasan kaki lima premis perniagaan, tempat letak kereta, kawasan driveway premis perniagaan dan perusahaan.

    Kesalahan-kesalahan berkenaan boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya, menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBD.

    Syarikat-syarikat terbabit diberikan tempoh tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

    Pihak Autoriti Perancang melalui JPBD, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan untuk setiap kemajuan dan penggunaan tanah.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi hotline JPBD di talian 8200222.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda