Monday, June 24, 2024
22.1 C
Brunei

    -

    Lima syarikat kena kompaun

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Lima buah syarikat di Daerah Brunei dan Muara telah dikenakan denda kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018.

    Syarikat-syarikat berkenaan adalah sebahagian daripada 14 buah syarikat yang dikeluarkan surat amaran semasa OPKEMAS yang dijalankan oleh Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) selama dua hari, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBD, tiga buah syarikat telah dikenakan denda kompaun $250 bagi kesalahan kali pertama dan dua buah syarikat dikenakan denda kompaun $500 bagi kesalahan kedua kerana masih melanggar peraturan-peraturan berkenaan iaitu meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan petak letak kenderaan, kawasan kaki lima dan kawasan landskap di premis perniagaan dan perusahaan tempat syarikat-syarikat berkenaan beroperasi.

    Syarikat -syarikat berkenaan telah diberikan tempoh tujuh hari untuk menjelaskan denda tersebut.

    Pihak Autoriti Perancang melalui JPBD, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan

    Kebenaran Perancangan bagi setiap kemajuan dan penggunaan tanah.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi hotline JPBD di talian 8200222.

    Antara syarikat yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. – GAMBAR SERAHAN JPBD
    GAMBAR SERAHAN JPBD

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China, Perancis lancar satelit pantau letupan sinar gamma

    CHINA, 23 JUN – Satelit Perancis-China telah dilancarkan kelmarin di mana ia merupakan misi untuk mencari letupan cahaya terbesar di dunia dalam usaha kerjasama...