Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima terbunuh pengeboman di pelabuhan Yaman

    DUBAI, 28 FEB – Lima orang awam termasuk seorang kanak-kanak terbunuh hari ini ketika rumah mereka dibom berhampiran pelabuhan Laut Merah, Hodeida, Yaman, keganasan terbaharu dalam perang saudara yang mengerikan.

    “Lima orang awam, termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan bom mortar di kediaman mereka oleh Huthi,” kata seorang pegawai tentera kerajaan kepada AFP.

    Tetapi Huthi yang disokong Iran, menurut agensi berita Saba yang dikendalikan pemberontak, mengatakan bahawa letupan itu disebabkan oleh dua serangan udara oleh pimpinan Arab Saudi, yang campur tangan dalam perang pada tahun 2015 untuk menyokong kerajaan yang diakui secara antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda