Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima terima anugerah biasiswa

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Lima pelajar dianugerahkan biasiswa telah menandatangani perjanjian bersama Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Majlis Penganugerahan bagi Skim Biasiswa The Chancellor’s Scholar Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Skim Biasiswa UTB’s Scholars Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi sesi 2025/2026, yang berlangsung di Dewan Auditorium, Bangunan Majlis Mesyuarat Negara, hari ini.

    Majlis anjuran Jabatan Pengurusan Biasiswa, Kementerian Pendidikan itu menyaksikan empat pelajar menerima biasiswa The Chancellor’s Scholar bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah, manakala seorang pelajar menerima biasiswa UTB’s Scholars bagi Ijazah Doktor Falsafah.

    Hadir menyaksikan penandatanganan perjanjian itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin, ketua-ketua jabatan dan para pegawai Kementerian Pendidikan.

    Pada majlis tersebut, menandatangani bagi pihak UBD ialah Naib Canselor, Dr Hazri bin Haji Kifle. Manakala, bagi pihak UTB ialah Naib Canselor, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Dermasiswa dan Kesejahteraan, Jabatan Pengurusan Biasiswa, Haji Raminey bin Haji Salleh, sebelum diteruskan dengan penandatanganan borang perjanjian bagi kesemua penerima anugerah biasiswa berkenaan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil biasiswa oleh Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah kepada penerima skim-skim biasiswa berkenan.

    Ahli keluarga penerima biasiswa semasa menandatangani perjanjian. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Yang Berhormat Menteri Pendidikan bergambar ramai bersama para penerima biasiswa. – GAMBAR OLEH JAMES KON

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda