Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima terkorban pesawat terhempas

    ATLANTA, 29 DIS – Pesawat kecil dalam perjalanan ke perlawanan playoff bola sepak kolej terhempas di tempat letak kereta pejabat pos di Louisiana sejurus selepas berlepas kelmarin, membunuh lima orang, termasuk wartawan sukan terkenal yang merupakan menantu perempuan dari salah satu jurulatih pasukan.

    Pesawat dua enjin Piper Cheyenne terhempas di bandar Lafayette kira-kira satu batu dari lapangan terbang daerah di mana penerbangan itu berlepas, kata jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Tony Molinaro.

    Penyiasat dari FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional telah melancarkan siasatan, menurut Molinaro dan kenyataan NTSB di Twitter.

    Pesawat itu membawa lapan penumpang, kata Ketua Bomba Lafayette, Robert Benoit. Enam orang berada dalam pesawat, lima daripadanya disahkan terbunuh, katanya.

    Seorang lelaki berusia 37 tahun, dirawat di sebuah hospital bersama dua orang yang berada di pejabat pos.

    Seorang lagi yang berada di dalam atau berhampiran sebuah kereta di jalan raya juga mengalami kecederaan, kata Benoit.

    Beliau tidak memberikan huraian lebih lanjut. Sebuah kereta yang diletak di tempat letak kereta pejabat pos terkena serpihan ranting-ranting pokok.

    Kevin Jackson dan saksi lain memberitahu KLFY TV bahawa pesawat itu merempuh kereta ketika ia jatuh, dan kedengaran seseorang berteriak di dalam kereta tersebut. – AP

    Responden pertama melihat tapak kemalangan pesawat berhampiran Jalan Feu Follet dan Jalan Sekolah Verot di Lafayette. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda