Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima termasuk jurutera PBT direman berkaitan rasuah

    SANDAKAN, 23 JULAI – Lima individu termasuk jurutera dan penolong jurutera pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah berjumlah kira-kira RM200,000 yang diterima daripada beberapa kontraktor sejak 2022.

    Perintah reman hingga 29 Julai itu dikeluarkan Majistret Yong Ching Hong selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sandakan pagi tadi.

    Menurut sumber, suspek terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga lingkungan 50-an itu dipercayai menerima wang suapan secara pindahan ke akaun bank peribadi masing-masing daripada kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di kawasan PBT berkenaan.

    “Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu mendapatkan sebut harga dan tender melibatkan kerja-kerja di PBT berkenaan dari tempoh 2022 hingga 2025,” menurut sumber.

    Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberikan keterangan pada 7 malam semalam. – Bernama

    Antara individu yang direman bai membantu siasatan berhubung kes rasuah tersebut. – SPRM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda