Lima tindakan hadapi kemarau

KUCHING, 19 OGOS – Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang diadakan hari ini, menggariskan lima pelan tindakan untuk menghadapi musim kemarau, yang dijangka berlarutan sehingga hujung Oktober ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata antara pelan tindakan kemarau itu ialah, pendalaman muka sauk Sungai Bayai di Batang Undup dan kerja pemasangan guni pasir yang bertindak sebagai empangan air untuk menambah paras air mentah di muka sauk.

“Selain itu, membuang daun dan mendalamkan ‘Slump Raw Water’, penghantaran lori tanker di Sri Aman (kawasan terjejas) dan akhir sekali, menyediakan pusat pengambilan air setempat (flat Kerajaan Negeri di Jalan Kedang dan Pejabat JKR Sri Aman),” katanya pada sidang media di sini hari ini. – Bernama