Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima tip kecantikan alami

    Setiap wanita menginginkan kulit yang cantik dan sempurna. Kulit sihat membantu dalam memberikan aura dan mood cantik dalam diri seseorang.

    Persekitaran dan gaya hidup menjadi faktor kepada tahap kesihatan kulit kita.

    Antara faktor yang kuat mendorong kepada kelemahan kualiti kulit dan tekstur kulit adalah stres, kurang tidur, rendah nutrisi, pencemaran, kesan buruk sinaran
    cahaya matahari, rokok dan pengambilan alkohol.

    Kita boleh lihat di luar sana, terlalu banyak produk penjagaan kecantikan dan kesihatan kulit yang menjanjikan kulit cantik sempurna dan berseri.

    Namun tidak kesemuanya mampu merealisasikan impian jelita seseorang.

    Gambar New Femme
    Gambar New Femme

    Daripada awda membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan bahan kimia, adalah digalakkan untuk awda mencuba cara mudah ini di rumah untuk meningkatkan kesihatan menyeluruh kulit dan penampilan.

    LEMON

    Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan cara ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

    MADU

    Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah awda.

    KUNYIT

    Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nenas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi cara tersebut dua atau tiga kali seminggu untuk menghilang-kan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

    SERBUK PENAIK

    Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes.

    Cuci kulit wajah awda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit.

    Akhir sekali bilas wajah awda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

    TIMUN

    Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda