Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima wanita diselamatkan daripada operasi penipuan pekerjaan

    HANOI, 24 JULAI – Lima wanita Kemboja diselamatkan di Hanoi semasa dalam perjalanan ke operasi penipuan pekerjaan di China oleh Kedutaan Kemboja di Vietnam, menurut Kementerian Luar Negeri Vietnam.

    Dalam satu mesej di Telegram, jurucakap kementerian, Chum Sounry, berkata, “Kedutaan Kemboja di Hanoi telah menyelamatkan lima wanita Kemboja yang ditipu oleh ejen untuk bekerja di China dan telah memudahkan urusan pemulangan mereka ke Kemboja melalui Bandar Ho Chi Minh.”

    Beliau menambah bahawa lima mangsa telah diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Sosial wilayah Svay Rieng, yang ditugaskan untuk membantu wanita-wanita tersebut, pada Khamis.

    Penipuan pekerjaan dalam talian kekal menjadi kebimbangan di negara itu kerana orang ramai, sama ada warga Kemboja atau warga asing, terus menerima tawaran kerja palsu daripada operasi penipuan yang semakin berleluasan dan mangsa-mangsa perlu diselamatkan.

    Sementara itu, Kedutaan India di Kemboja pada Ahad lalu melaporkan, “Kedutaan India di Phnom Penh telah menyelamatkan warga India daripada tawaran kerja penipuan di Kemboja yang menarik mereka ke dalam operasi jenayah siber.” – ANN/Khmer Times

    Gambar ANN/Khmer Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda