Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lima warga asing dikehendaki, bantu tahanan larikan diri

    ROME, 6 DIS – Pendakwa raya Itali telah mengeluarkan lima waran tangkap terhadap individu yang dituduh membantu seorang warga Rusia, yang ditahan atas permintaan Washington, melarikan diri dari Milan dan kembali ke Rusia, dengan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan dua penahanan, kelmarin.

    Waran tersebut dilaksanakan di Brescia, utara Itali, Slovenia dan Croatia oleh polis Itali yang bekerjasama dengan agensi kerjasama keadilan jenayah Eurojust dan pihak berkuasa AS, menurut pendakwa raya Milan, Marcello Viola dalam satu kenyataan.

    Pendakwa raya juga mengeluarkan waran tangkap untuk warga Rusia terbabit, Artyom Uss, yang melarikan diri dari tahanan rumah pada akhir Mac walaupun memakai gelang pengesan elektronik.

    Washington mendakwa Uss terlibat dalam dalam skim haram untuk mengeksport teknologi ketenteraan AS ke Rusia.

    Jabatan Kehakiman AS berkata beberapa peralatan telah ‘ditemui di medan perang Ukraine’.

    Penyiasat mendapati empat kereta telah terlibat dalam membantu Uss melarikan diri dari Milan dan melintasi sempadan ke Slovenia, selepas beberapa bulan merancang, kata Viola.

    Lima waran telah dikeluarkan untuk dua individu warga Bosnia, seorang Slovenia dan dua orang Serbia, lapor media Itali. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...