Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima warga asing edar dadah diberkas di Kemboja

    PHNOM PENH, 23 JUN – Pihak penguatkuasa Kemboja memberkas lima warga asing dengan dua kerakyatan kerana mengedar dadah terlarang, merampas 145 kilogram (kg) dadah, kata seorang pegawai kanan polis Jumaat lalu.

    Ketua Polis Perbandaran Phnom Penh, Leftenan Jeneral Chuon Narin, berkata kesemua suspek terdiri daripada lelaki berusia di antara 23 dan 76 tahun, dan menambah bahawa mereka ditahan di empat lokasi berlainan di Phnom Penh pada 16 dan 17 Jun lalu.

    “Kira-kira 145kg dadah jenis ketamin telah dirampas daripada suspek semasa operasi,” katanya dalam sidang media.

    Polis turut merampas 2kg bahan asas pembuatan dadah, tiga penimbang dan beberapa peralatan untuk pembungkusan dadah, tambahnya.

    Negara itu tidak menguatkuasakan hukuman mati bagi pengedar dadah. Di bawah undang-undangnya, seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dipenjarakan seumur hidup.

    Menurut Jabatan Anti Dadah, kerajaan itu telah menahan 9,369 suspek berkaitan dadah, termasuk 324 warga asing, sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2024, dan merampas sejumlah 4.71 tan dadah. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda