Sunday, December 22, 2024
21.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima warga Bangladesh terima hukuman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Lima orang warganegara Bangladesh telah pun dijatuhkan hukuman di bawah Akta Imigresen, Penggal 17 hasil daripada operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) yang telah dijalankan di bawah Operasi Kabat 116 dan 121, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JIPK, empat individu iaitu Dalim, seorang lelaki, berumur 37 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan bermula dari tarikh beliau direman kelmarin dan tiga kali sebatan. Tarikul Islam, lelaki, berumur 34 tahun telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan tiga kali sebatan.

    Nur Islam, seorang lelaki, berumur 44 tahun, dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan dan tiga kali sebatan. Md Nur Nobi, seorang lelaki berumur 41 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dan tiga kali sebatan bermula kelmarin.

    Kesemua individu berkenaan telah pun melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresennya mansuh.

    Manakala itu, Md Rafiqul Islam, berumur 30 tahun telah pun dijatuhkan hukuman denda sebanyak $3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal untuk membayar denda tersebut di bawah kesalahan Bab 55(1)(d), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada pesalah-pesalah imigresen.

    Oleh yang demikian, jabatan tersebut mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan pesalah-pesalah imigresen untuk menghubungi terus ke hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan) dan 8984111 (Kuala Belait).

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda