LOS ANGELES, 28 FEB – Jeremy Lin kelmarin berkata dia tidak akan menamakan atau memalukan sesiapa di tengah-tengah laporan Liga G NBA membuat siasatan dakwaannya selepas pemain tersebut dipanggil ‘koronavirus’ semasa perlawanan.
“Saya tahu ini akan mengecewakan anda tetapi saya tidak akan menyebut nama atau memalukan sesiapa,” Lin memberitahu menerusi Twitter kelmarin.
“Apa kebaikan yang akan diperoleh dalam situasi mendedahkan keburukan seseorang?
Ia tidak akan membuat komuniti saya lebih selamat atau menyelesaikan sebarang masalah jangka masa panjang dengan isu perkauman.” – AFP