Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lincoln Corsair bakal dihasilkan di China

    CHONGQING, 30 MAC – Kereta baharu Ford, Lincoln Corsair bakal dihasilkan di kilangnya di Perbandaran Chongqing, China sekali gus menandakan langkah besar pengilang auto AS untuk mempromosi jenama Lincoln dalam pasaran China.

    Ia adalah pertama kalinya bagi jenama mewah Ford menghasilkan kenderaannya di rantau di luar Amerika Utara, menurut Changan Ford Automobile Co. Ltd, usaha sama antara Changan Automobile dan Ford China.

    Model baharu itu berharga antara 246,800 yuan dan 345,000 yuan (kira-kira AS$34,800 hingga AS$48,770) menurut lima pelbagai pilihan tatarajah kereta, kata Anning Chen, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford China.

    Chongqing merupakan salah satu pangkalan pengeluaran automobil terbesar di China dengan kilang-kilang lebih 10 pengilang auto, termasuk Changan Auto, Changan Ford, SGMW dan Beijing Hyundai, dan lebih 1,000 alat auto dan pengilang aksesori. – Xinhua

    Lincoln Corsair serba baharu 2020 dipamerkan semasa previu media Pameran Auto Antarabangsa New York 2019 di New York, AS pada 17 April 2019. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda