Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Linda cipta sejarah lagi

    MIAMI, 28 MAC – Pemain remaja Czech, Linda Fruhvirtova muncul pemain termuda mara ke peringkat 16 terakhir Terbuka Miami sejak 2004 selepas bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka menarik diri dalam perlawanan pusingan ketiga.

    Linda yang berusia 16 tahun hadir ke kejohanan dengan ranking ke-279 tetapi dia mendominasi juara dua kali Terbuka Australia itu apabila mendahului 6-2, 3-0 sebelum pemain veteran Belarus itu menarik diri.

    Azarenka, 32, yang menangis selepas tewas kepada Elena Rybakina di Indian Wells awal bulan ini tampak berdepan masalah ketika menentang Linda.

    “Saya tak tahu apa yang berlaku di penghujung,” beritahu Linda kepada AFP.

    “Dia bergelut dengan kecederaan, saya tak tahu tetapi apa yang pasti, saya bangga berkongsi gelanggang dengannya. Awda sudah tentu tidak mahu perlawanan berakhir seperti ini namun ia berlaku. Kami bersalaman dan dia keluar.”

    Masih tidak jelas sebab-sebab Azarenka menarik diri awal walaupun pada petang bekas pemain nombor satu dunia itu, yang juga telah membuang akaun media sosial ekoran masalahnya di Indian Wells, mengeluarkan satu kenyataan memetik masalah peribadi.

    “Saya tidak patut memasuki gelanggang hari ini. Beberapa minggu lalu telah menjadi amat tertekan dalam kehidupan peribadi saya. Saya berharap dapat berehat dan kembali semula,” katanya.

    Linda yang juga pemain wildcard beraksi di kejohanan utama WTA pertamanya dan mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan ke-24 dari Belgium, Elise Mertens pada pusingan sebelum ini dan akan menentang pilihan kelima dari Sepanyol, Paula Badosa. – AFP

    Aksi Linda Fruhvirtova melakukan servis kepada Victoria Azarenka semasa kejohanan Terbuka Miami di Stadium Hard Rock di Miami Gardens, Florida pada 27 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...