Lindelof bantu tangkap penyamun

VASTERAS, 25 OGOS – Victor Lindelof tidak hanya membuat terjahan di atas padang.
Pemain pertahanan Manchester United berjaya menangkap penyamun yang merompak dari seorang wanita tua dan menahan lelaki tersebut sehingga pihak polis tiba, menurut akhbar Sweeden, Aftonbladet melaporkan kelmarin.

Insiden tersebut mengambil tempat di bandar kelahiran Lindelof, Vasteras, terletak di bahagian barat ibu kota Swedeen, Stockholm.

Apabila ditanya mengenai sebarang komen, Manchester United berkata mereka telah mengesahkan berita dari Aftonbladet.

Menurut kenyataan polis, seorang lelaki berusia 30an menunggang basikal dan kemudian merampas beg kepunyaan wanita yang berusia sekitar 90an pada Isnin pagi.

“Seorang lelaki dari kawasan kejiranan dikatakan telah berlari mengejar suspek, berjaya menangkap dan menahannya sehingga polis tiba di tempat kejadian,” menurut pihak polis, tanpa menyebut nama Lindelof.

“Pihak polis ingin mengambil peluang ini untuk mengucap terima kasih kepada saksi yang bertindak pantas untuk campur tangan.”

Mangsa memberitahu Aftonbladet bahawa dia ingin mengajak Lindelof untuk makan tengah hari bersama sebagai tanda terima kasih.

Lelaki yang ditahan berdepan dengan pertuduhan menyamun dan kesalahan berkaitan dadah. – AP

Victor Lindelof berjaya menangkap penyamun yang merompak dari seorang wanita tua dan menahan lelaki tersebut sehingga pihak polis tiba di bandar Vasteras, Sweden. – AP