Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lindsay Lohan bertunang dengan pegawai bank

    Penyanyi Lindsay Lohan mengumumkan telah bertunang dengan pegawai bank, Bader Shammas.

    Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi foto bersama Shammas dan menunjukkan sebentuk cincin di jari mereka dengan kapsyen “My Love, My life. My family. My future.”

    Memetik laporan The Hollywood Reporter, Lohan, 35, dan Shammas telah menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu melalui pertemuan pertama mereka di Festival Muzik Dubai.

    Lohan dan Shammas kemudian bercinta secara terbuka dan hubungan mereka sangat direstui ibu penyanyi itu, Dina.

    Shammas disifatkan sebagai seorang yang sangat stabil dan berjaya. Dia bukan pelakon mahupun dari industri hiburan sebaliknya mengendali kewangan orang awam di Credit Suisse.

    Terdahulu, bintang filem Mean Girls itu pernah bertunang dengan Egor Tarabasov namun putus pada 2016.

    Dia juga pernah bercinta dengan Stavros Niarchos, DJ Samantha Ronson, Wilmer Valderrama dan Aaron Carter. – Agensi

    Lindsay Lohan bertunang dengan Bader Shammas. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda