Lindsay Lohan sedang mengandung anak pertamanya. Bintang filem Mean Girls mengumumkan kehamilannya dalam satu kiriman di Instagram baru-baru ini, berkongsi gambar baju anak damit yang bertulis “Akan datang…” pada kiriman tersebut dengan kapsyen “Kami diberkati dan bersemangat!”.
Menurut laporan majalah People, Lohan telah berkahwin dengan seorang ahli kewangan bernama Bader Shammas pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas diterima daripada wakil Lohan pada masa ini.
Pelakon berusia 36 tahun ini, yang dahulu menjadi topik utama dalam tabloid, telah menetap di luar negara selama beberapa tahun dan menjalani gaya hidup seperti orang biasa. Baru-baru ini, Lohan kembali ke bidang lakonan dan membintangi Falling for Christmas di Netflix tahun lalu dan juga membintangi filem komedi romantis Irish Wish dalam perkhidmatan penstriman yang sama. – AP
