MANILA, 4 MEI – Calon presiden Filipina, Marcos Junior memberi amaran kepada penyokongnya untuk melindungi undian mereka pada pilihan raya kebangsaan minggu hadapan bagi mengelak keputusan ‘dicuri daripada kami sekali lagi’.
Dalam minggu terakhir berkempen sebelum pilihan raya pada 9 Mei, tinjauan pengundi menunjukkan anak kepada bekas diktator negara itu mendahului dengan jurang yang jauh ke atas pesaingnya iaitu timbalan presiden, Leni Robredo.
Kemenangan buat Marcos Jr, 64, akan menjadi kebangkitan terakhir legasi ayahnya dan kembali ke istana presiden selepas melarikan diri pada 1986.
Robredo bangkit untuk menang tipis ke atas Marcos Jr pada perlumbaan jawatan naib presiden pada 2016, dan peningkatan populariti sekali lagi meningkatkan harapan di kalangan peminatnya bahawa dia mampu melakukannya sekali lagi.
Marcos Jr memberitahu kepada hampir enam juta pengikut di Facebook lewat kelmarin untuk perlu ‘berhati-hati terhadap undian mereka’.
Dalam video pendek, Marcos Jr memakai baju tradisional barong dan berdiri di belakang meja, dan bendera Filipina di belakangnya – berbeza daripada gaya kebiasaannya.
“Kami kita lindungi keputusan dan jangan biarkan ia dicuri sekali lagi,” kata Marcos Jr.
Kira-kira 67 juta rakyat Filipina didaftarkan untuk membuang undi bagi pilihan raya. Perubahan daripada pemilihan manual kepada elektronik pada pilihan raya 2010 membuatkannya lebih sukar untuk calon untuk menipu, meskipun membeli undi masih berleluasa. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P10-B_05052022.jpg)