Saturday, October 12, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ling Ching fokus persiapan BATC

    KUALA LUMPUR, 9 FEB – Pemain badminton perseorangan wanita Malaysia, Wong Ling Ching menolak cuti Tahun Baharu Cina yang diberikan jurulatihnya bagi memastikan persiapan menghadapi Kejohanan Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam yang bermula Selasa depan, tidak terjejas.

    Pemain berusia 21 tahun dari Miri, Sarawak itu berkata beliau cuma mengambil cuti separuh hari selepas sesi latihan pagi ini untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum menyambung latihan pada Sabtu.

    “Ini satu pengorbanan saya untuk negara dan saya rasa perkara biasa untuk pemain supaya ada persediaan sebelum kejohanan.

    “Ini bukan kali pertama kali saya menyambut hari perayaan seorang diri, dua tahun lalu saya juga sambut di Pulau Pinang kerana ada latihan di sana. Tetapi tahun ini keluarga saya datang ke Kuala Lumpur dari Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

    Bagi pemain beregu wanita Malaysia, Teoh Mei Xing, beliau gembira kerana dapat meraikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga kali ini selepas tiga tahun tidak bersama ketika sambutan itu disebabkan komitmen sebagai atlet. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda