Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    LinkedIn buang lebih daripada 600 pekerja

    SUNNYVALE, 17 OKT – LinkedIn berkata kelmarin ia memberhentikan ratusan pekerja berjumlah kira-kira 3 peratus daripada tenaga kerja syarikat media sosial itu.

    Rangkaian kerjaya milik Microsoft memotong kira-kira 668 jawatan merentas pasukan kejuruteraan, produk, bakat dan kewangannya.

    “Perubahan bakat adalah bahagian yang sukar, tetapi perlu dan tetap dalam menguruskan perniagaan kami,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    Pemotongan kerja itu menyusuli lebih 700 lagi pemberhentian yang diumumkan LinkedIn pada bulan Mei, serta ribuan lagi tahun ini daripada syarikat induk Microsoft itu, yang telah memiliki perkhidmatan rangkaian profesional itu sejak membelinya pada harga AS$26 bilion pada tahun 2016.

    LinkedIn terus berkembang dan berkata pendapatan tahunannya melepasi AS$15 bilion buat kali pertama dalam tahun fiskal yang berakhir pada bulan Jun. Perkhidmatan itu, yang beribu pejabat di Sunnyvale, California, menghasilkan wang daripada iklan di platform serta daripada pengguna yang membayar untuk melanggan ciri premium.

    Laporan LinkedIn mempunyai kira-kira 19,500 pekerja.

    Microsoft yang berpangkalan di Redmond, Washington setakat Julai mempunyai tenaga kerja global seramai 221,000 pekerja sepenuh masa, dengan lebih separuh daripada mereka di Amerika Syarikat (AS).

    Ia menambah beribu-ribu lagi sebagai sebahagian daripada pemerolehan AS$69 bilion pembuat permainan video California Activision Blizzard, yang dimiliki pada hari Jumaat lalu. Sehingga akhir tahun lepas, Activision Blizzard melaporkan mempunyai 13,000 pekerja. – AP

    Rangkaian kerjaya milik Microsoft memotong kira-kira 668 peranan merentas pasukan kejuruteraan, produk, bakat dan kewangannya. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda