Friday, December 27, 2024
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Linkin Park kembali dengan barisan baharu

    Linkin Park kembali dengan barisan baharu dan melancarkan muzik baharu mereka yang pertama sejak kematian penyanyi utama, Chester Bennington pada tahun 2017.

    Khamis lalu, kumpulan itu memulakan penstriman langsung yang memperkenalkan penyanyi baharu, Emily Armstrong dan pemain dram, Colin Brittain, yang akan menyertai ahli-ahli lama seperti Mike Shinoda, Brad Delson, Phoenix dan Joe Hahn dalam barisan baharu Linkin Park. Shinoda dan Armstrong berkongsi tugas vokal.

    Barisan baharu ini melancarkan single baharu, The Emptiness Machine, pada permulaan penstriman. Gaya persembahan Armstrong dengan selesa meneruskan legasi kumpulan itu: Vokalnya yang penuh tenaga mengingatkan kepada Bennington tanpa cuba meniru, yang jelas kelihatan pada lagu kedua dalam set Somewhere I Belong.

    “Ini adalah hari yang sangat istimewa bagi kami,” kata Shinoda ketika memperkenalkan ahli-ahli baharu, sambil menyebut bahawa pemain gitar, Alex Feder menggantikan Delson untuk malam itu.

    Linkin Park yang baharu juga mengumumkan album baharu mereka, From Zero. Ia akan dikeluarkan pada 15 November. – AP

    Barisan baharu Linkin Park. – Los Angeles Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda