Filem baharu ditayangkan beberapa minggu yang lalu, The Lion King masih lagi gah di persada carta pecah panggung dan berjaya mempertahankan kedudukannya daripada kedatangan filem baharu seperti Once Upon a Time in Hollywood arahan Quentin Tarantino.
Lebih baik berbanding daripada jalan cerita sebelumnya, filem arahan Tarantino ini telah berjaya memperolehi sekitar AS$41 juta pada minggu pertama ia ditayangkan setelah ditayangkan di 3,659 buah pawagam di seluruh Amerika Utara.
Filem ini turut berjaya mencipta rekod bagi Tarantino di mana pada hari pertama ia ditayangkan, filem arahannya itu telah berjaya memperoleh sekitar AS$16.8 juta.
Filem Once Upon a Time in Hollywood berada di kedudukan kedua di belakang juara carta, The Lion King di mana filem tersebut telah berjaya mengutip sekitar AS$76 juta pada minggu ini. Walaupun masih gah di persada carta namun kutipan The Lion King menurun sebanyak 60 peratus berbanding kutipan di awal tayangannya.
Pembaharuan yang dibuat oleh Jon Favreau terhadap filem animasi klasik ini telah berjaya menghasilkan sekitar AS$350 juta di carta pecah panggung domestik, menjadikannya antara filem terbesar selepas 10 hari di pawagam. Manakala di luar negara pula, The Lion King telah berjaya memperoleh sekitar AS$963 juta di seluruh dunia.




Mempertahankan kedudukan
The Lion King terus mengukuhkan keunggulan Disney yang mengeluarkan filem-filem hebat di kedudukan carta pecah panggung. Studio tersebut kini berjaya mencipta sejarah setelah beberapa buah filem keluarannya mendapat sambutan hebat di seluruh dunia seperti Avengers: Endgame (AS$856 juta), Captain Marvel ($426 juta), Toy Story 4 (AS$395 juta), The Lion King (AS$350 juta) dan Aladdin (AS$345 juta).
Penerbit filem terbaharu Once Upon a Time in Hollywood, Sony menganggarkan permulaan sekitar AS$30 juta semasa awal tayangannya walaupun pada dasarnya plot cerita agak berbeza dengan plot asal filem tersebut.
Walau bagaimanapun, filem tersebut menerima ulasan yang baik daripada para penonton dan pengkritik. Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Brad Pitt, gabungan yang jarang sekali dan dijangka akan terus menerima tarikan para penonton disebabkan oleh kedua-dua pelakon itu.
Filem ini menerima markah B oleh CinemaScore berbanding beberapa buah filem arahan Tarantino, A- untuk Inglourious Basterds 2009 dan Dijango Unchained 2012.
Inglorious Basterds yang turut dibintangi Brad Pitt itu berjaya memperoleh sekitar AS$120 juta di Amerika Utara dan AS$321 juta di seluruh dunia. Django Unchained pula merupakan pencapaian terbesar Tarantino dalam pecah panggung di mana memperoleh keuntungan sekitar AS$425 juta di seluruh dunia.
Bajet yang tinggi
Once Upon a Time in Hollywood, siri kesembilan filem arahan Tarantino dan yang pertama dibuat tanpa bantuan penghasil utama, Harvey Weinstein, menggunakan bajet sekitar AS$90 juta untuk direalisasikan, menjadikannya salah satu filem paling mahal di dunia. Filem tersebut dipenuhi dengan aksi pergelutan dengan gandingan hebat antara Leonardo DiCaprio dan Brad Pitt.
Filem berkonsepkan konflik drama ini seakan-akan memberikan penghormatan kepada zaman kegemilangan Hollywood, berlaku sekitar penghujung tahun 1960an iaitu pembunuhan keluarga Manson.
Pada minggu ini, filem Once Upon a Time in Hollywood merupakan satu-satunya filem baharu yang memasuki kedudukan carta pecah panggung, sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kutipan pecah panggung. Filem Spider-Man: Far From Home berada di kedudukan yang ketiga dan berjaya memperoleh sekitar AS$12 juta pada minggu ini.
Selepas empat minggu berada di carta pecah panggung, pengembaraan wira itu telah berjaya menghasilkan sekitar AS$344 juta hanya di pasaran domestik. Filem ini telah berjaya menewaskan kedudukan siri filem sebelumnya yang dikeluarkan pada tahun 2017 iaitu Spider-Man: Homecoming yang memperoleh sekitar AS334 juta dan Spider-Man 3 memperoleh AS$336 juta.