FORT LAUDERDALE, 26 JULAI – Dunia menunggu sehingga minit ke-94 perlawanan untuk menyaksikan jaringan sulung daripada Lionel Messi untuk Inter Miami di Major League Soccer (MLS), Jumaat lalu.
Dan pada perlawanan kelmarin menentang Atlanta United, dia menyumbat dua gol dalam masa 22 minit.
Membuat penampilan kesebelasan utama pertama dalam perlawanan musim biasa MLS untuk Miami, Messi menerima hantaran daripada rakan sepasukan Sergio Busquets, meluru ke hadapan dan membuat percubaan menyasarkan bahagian kanan gawang sebelum menyudahkan bola yang terlantun pada minit kelapan.
Kemudian, pada minit ke-22, Messi meletakkan Miami di hadapan 2-0 selepas menyambut hantaran daripada Robert Taylor.
Penampilan singkat Messi bersama Miami setakat ini sangat luar biasa.
Dia diturunkan dari bangku simpanan pada minit ke-54 semasa penampilan sulung minggu lalu dan memberikan saat yang diharapkan oleh peminat apabila pemenang Ballon d’Or tujuh kali dan juara Piala Dunia itu memutuskan untuk berpindah ke MLS.
Pada minit ke-94 menentang Cruz Aul dari Mexico di Piala Liga-Liga, Messi menjaringkan gol melalui sepakan percuma di harapan 21,000 orang penonton.- AP
