Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lionel Messi dikenakan tindakan disiplin

    PARIS, 3 MEI – Lionel Messi berdepan penggantungan oleh Paris Saint-Germain (PSG) selepas membuat perjalanan ke Arab Saudi awal minggu ini tanpa kebenaran kelab itu, sumber yang mengetahui perkara itu memberitahu AFP kelmarin.

    Sumber itu berkata bahawa kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia, yang tamat kontrak pada akhir musim, akan digantung selama beberapa hari, manakala pelbagai media di Perancis melaporkan bahawa dia akan dikenakan penggantungan selama dua minggu.

    “Dia tidak boleh berlatih, tidak boleh bermain, dan tidak akan dibayar semasa tindakan disiplin dilaksanakan,” tambah sumber itu.

    Satu lagi sumber kelab menyatakan bahawa pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu mungkin akan diketepikan selama dua minggu, dengan menegaskan bahawa tiada siapa yang lebih penting daripada kelab.

    Messi, yang akan menyambut ulang tahun ke-36 tahun pada Jun, beraksi semasa kekalahan 3-1 PSG di tempat sendiri di tangan Lorient dalam saingan Liga 1 pada Ahad.

    Dia kemudian pergi ke Arab Saudi untuk memenuhi komitmen sebagai sebahagian daripada kontrak dengan pejabat pelancongan negara itu.

    PSG dijangka kembali beraksi di tempat lawan di Troyes pada Ahad, perlawanan yang kini mungkin terlepas oleh Messi. – AFP

    Reaksi Lionel Messi semasa perlawanan bola sepak Perancis di Stadium Parc des Princes di Paris pada 19 Mac lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda