Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lionel Messi pilih Inter Miami

    MIAMI, 8 JUN – Lionel Messi akan pergi ke Major League Soccer (MLS) dan menyertai Inter Miami.

    Selepas spekulasi berbulan-bulan – malah bertahun-tahun, Messi akhirnya kelmarin mendedahkan keputusannya untuk menyertai sebuah pasukan di Miami yang telah diketuai oleh ikon bola sepak global lain, David Beckham, sejak penubuhannya tetapi belum lagi membuat sebarang kejutan sebenar di padang.

    Perkara itu kemungkinan akan berubah tidak lama lagi. Salah seorang pemilik Inter Miami, Jorge Mas, menghantar foto jersi Messi yang dilengkapi siluet gelap hanya beberapa ketika sebelum keputusan hebat dari Argentina itu didedahkan dalam temubual dengan agensi berita Sepanyol, Mundo Deportivo dan Sport. – AP

    Lionel Messi pilih Inter Miami. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda