Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lipas dalam makanan

    Baru-baru ini, isu kebersihan di sebuah restoran yang sering tular dalam media sosial kerana menghidangkan makanan tidak bersih sekali lagi mencetuskan keriuhan warganet.

    Salah seorang pelanggan yang menjamu selera di cawangan restoran tersebut di Serusop telah memuat naik makanan dipesannya yang mengandungi lipas.

    Insiden seperti ini sangat mengejutkan dan tidak dapat diterima kerana lipas adalah serangga yang bukan saja menjijikkan tetapi juga membawa risiko kesihatan.

    Penemuan lipas dalam makanan itu telah menjadi ‘pembunuh’ kepercayaan pelanggan terhadap pemilik restoran dan penyedia makanan.

    Oleh itu, saya menyeru pihak berkuasa bahagian kawalan makanan dan kesihatan segera menjalankan siasatan menyeluruh ke atas restoran tersebut dan di kesemua cawangannya.

    Langkah-langkah penguatkuasaan perlu diambil dengan tegas jika terbukti bahawa restoran tersebut melanggar undang-undang atau peraturan kesihatan makanan.

    Selain itu, masyarakat perlu dididik tentang kebersihan makanan dan risiko membeli makanan di tempat yang tidak mematuhi standard kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan.

    Restoran-restoran di negara ini juga perlu diberi rating kebersihan dengan meletakkan pelekat di pintu masuk restoran mereka agar mereka lebih berwaspada menjaga standard kebersihan.

    Eka Ratna

    GAMBAR DARI DEEKAY TWOFIVEFIVE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda