Friday, December 9, 2022
23.7 C
Brunei

-

Liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak meningkat lebih 82%

KUALA LUMPUR, 3 OKT – Peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak meningkat kepada 82.84 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding 73.67 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 (2020-2022).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata setakat suku kedua 2022, sebanyak 91 tapak menara baharu telah dibina di negeri itu, manakala 3,082 naik taraf stesen pemancar dan 523 jalur lebar satelit disiapkan dan 79,766 premis tersedia dengan gentian optik.

“Penambahbaikan liputan ke seluruh negara termasuklah di kawasan luar bandar dan pedalaman akan diteruskan melalui Pelan JENDELA Fasa 2 (2023-2025),” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) mengenai komitmen kementerian berkenaan dalam memastikan liputan jalur lebar yang menyeluruh dan stabil di kawasan pedalaman Sarawak dapat direalisasikan.

Zahidi berkata kesemua inisiatif itu melibatkan peruntukan kerajaan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) dan pelaburan komersial oleh syarikat pemberi perkhidmatan melebihi RM4 bilion di Sarawak. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -