Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lisa berharap terus istiqamah

    Sekembalinya daripada mengerjakan umrah, Lisa Surihani tampil berhijab dan ramai peminat berharap dia mengekalkan imej itu.

    Sedar mengenai perkara itu, ibu kepada dua anak ini bagaimanapun menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya, terlalu peribadi.

    “Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.

    “Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.

    “Ia sangat peribadi… Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqamah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” katanya kepada BH Online.

    Lisa Surihani berharap dapat menikmati fasa baharu ini perlahan-lahan. – Agensi

    Akur dengan fitrah manusia yang sering diuji, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini mahu menikmati fasa baharu ini perlahan-lahan.

    “Dalam hidup ini, kita tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

    “Pengalaman dalam mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.

    “Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin,” katanya yang hangat diperkatakan selepas foto menghadiri majlis anjuran Snap Inc, semalam, tular.

    Peminat dan rakan artis memuji ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini yang tampak manis bertudung pada acara itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda