Penyanyi Lisa menerima kritikan hebat apabila pihak pengurusannya menghantar namanya untuk dipertimbangkan sebagai calon Anugerah Emmy 2025.
Nama anggota kumpulan Blackpink itu dihantar bagi dinilai untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam siri HBO The White Lotus musim ketiga yang ditayangkan pada Januari lalu.
Bagaimanapun ramai kurang senang dengan perkara itu malah menganggap nama Lisa tidak layak dihantar untuk penilaian apatah lagi dicalonkan, menurut laporan mStar.
Mana tidaknya, Lisa hanya muncul kurang daripada 10 minit dalam siri berkenaan.
“Layak ke dapat pencalonan kalau setakat berlakon tak sampai 10 minit?
“Tak pernah perasan dia dalam The White Lotus, boleh berlakon ke dia?” antara komen warganet.
Pengumuman pencalonan akhir Anugerah Emmy 2025 akan dibuat pada 15 Julai depan.
Manakala malam kemuncak anugerah tersebut bakal berlangsung di Peacock Theater pada 14 September depan. – Agensi
