Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lisa Blackpink, Frederic Arnault masih bercinta

    Penyanyi K-Pop, Lisa Blackpink dikhabarkan meluangkan masa bersama kekasihnya Frederic Arnault di Paris baru-baru ini.

    Khabar tersebut sekali gus menyangkal dakwaan pasangan berkenaan telah berpisah.

    Memetik dari mStar, Lisa dikatakan telah pergi ke Paris menaiki kapal terbang peribadi milik Frederic pada 6 November lalu.

    Malah kelibat Lisa juga dilihat peminat semasa beliau membeli belah di butik Celine Paris.

    Difahamkan kehadiran Lisa juga untuk meraikan ulang tahun kelahiran Frederic pada 7 November.

    Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa pasangan berkenaan telah berpisah kerana persembahan Lisa di Crazy House pada September lalu.

    Frederic juga dikatakan mula menjauhkan diri daripada Lisa sejak persembahannya di kelab kabaret itu.

    Pasangan berkenaan dikhabarkan mula akrab sejak tahun lalu malah Frederic pernah dilihat menghadiri konsert sehingga menimbulkan lebih banyak spekulasi. – Agensi

    Lisa Blackpink dikhabarkan meluangkan masa bersama kekasihnya Frederic Arnault di Paris baru-baru ini. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda