Anggota Blackpink iaitu Lisa memaklumkan dirinya masih lagi di bawah pengawasan ibunya meskipun dia kini sudah berusia 26 tahun.
Kata Lisa atau Lalisa Manobal, dia gemar mengenakan bikini ketika mengunjungi pantai, namun tidak berani untuk berkongsi fotonya mengenakan penampilan tersebut.
“Saya suka pergi ke pantai dan saya suka memakai bikini. Tetapi saya tidak boleh memuat naik gambar itu,” katanya menerusi video di Twitter.
Lisa berkongsi perkara itu ketika menghadiri perjumpaan bersama peminatnya di Thailand.
Jelas Lisa, dia bimbang dimarahi oleh ibunya sekiranya berkongsi gambar berbikini ke media sosial.
“Saya malu dan saya rasa ibu saya akan memarahi saya,” katanya lagi
Lisa berkongsi perkara itu ketika menghadiri perjumpaan bersama peminatnya di Thailand. – Agensi