Pelakon Lisa Bonet akhirnya memfailkan penceraian terhadap suaminya aktor Jason Momoa selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.
Bonet atau Lilakoi Moon, 56, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Los Angeles pada Isnin selepas dua tahun mereka mengumumkan perpisahan.
Menerusi dokumen mahkamah yang tersebar, Bonet menyatakan perselisihan faham berpanjangan menjadi punca dia menuntut cerai terhadap Jason, 44.
Dalam tuntutan itu, Bonet turut bersetuju untuk memberi hak jagaan bersama terhadap dua anak mereka yang berusia 16 dan 15 tahun.
Tidak hanya itu, Bonet dan Jason juga bersetuju membahagikan semua aset mereka dengan adil.
Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2005 namun hanya berkahwin secara sah pada 2017.
Ia adalah perkahwinan pertama Jason manakala kedua buat Bonet yang sebelum ini berkahwin dengan penyanyi Lenny Kravitz.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zoe Kravitz. – Agensi


