Lisa Bonet telah memfailkan penceraian daripada Jason Momoa, menamatkan hubungan 18 tahun kedua-dua pelakon itu.
Bonet yang berusia 56 tahun, yang nama sebenarnya ialah Lilakoi Moon, memfailkan dokumen untuk menamatkan perkahwinannya dengan Momoa yang berusia 44 tahun di mahkamah Daerah Los Angeles kelmarin. Pemfailan itu dibuat hampir dua tahun selepas mereka mengumumkan perpisahan mereka.
Petisyen itu menyebut perbezaan yang tidak dapat didamaikan sebagai punca perpecahan.
Dokumen perceraian itu menyatakan bahawa tidak ada pihak yang sepatutnya menerima sokongan kewangan, dan kedua-duanya telah bersetuju mengenai pembahagian harta.
Dokumen itu mengatakan mereka sepatutnya mempunyai hak penjagaan bersama anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun dan anak lelaki berusia 15 tahun.
Momoa terkenal dengan peranannya dalam filem Aquaman dan di Game Of Thrones. Bonet ialah bintang filem The Cosby Show, A Different World, High Fidelity dan Enemy Of The State.
Kedua-duanya bertemu dan mula berpacaran pada 2005, tetapi tidak berkahwin secara sah sehingga 2017. Tarikh rasmi perpisahan mereka, seperti yang dinyatakan dalam dokumen perceraian, adalah pada Oktober 2020, lebih dari setahun sebelum pengumuman rasmi perpisahan mereka.
Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan sebelum hakim mengisytiharkan mereka bercerai. – AP
