Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lisa mungkin dipilih bawa watak Rapunzel

    Bintang sensasi K-pop kelahiran Thailand, Lisa Blackpink, dikatakan sedang dipertimbangkan untuk memegang watak utama sebagai Rapunzel dalam filem aksi terbaharu Disney, Tangled.

    Memetik laporan Utusan Malaysia dari portal antarabangsa, Lisa kini menjadi calon utama selepas kegagalan filem Snow White versi aksi hidup lakonan Rachel Zegler dan Gal Gadot yang tidak mencapai kutipan pecah panggung seperti diharapkan.

    Bagi mengembalikan kegemilangan siri dongeng klasiknya, Disney dilaporkan sedang mencari wajah baharu yang mampu menarik penonton global serta menjana keuntungan besar. Disebabkan itu, populariti antarabangsa Lisa dilihat menepati kriteria tersebut.

    Antara nama lain yang turut disebut sebagai calon termasuk Florence Pugh dan Sydney Sweeney, manakala pelakon terkenal Scarlett Johansson dikatakan telah dipilih untuk membawa watak antagonis Mother Gothel, iaitu penjahat yang mengurung Rapunzel di menara.

    Projek Tangled sebelum ini pernah ditangguhkan selepas proses pemilihan pelakon tidak menemui kata putus, namun kini pembangunan filem berkenaan dilaporkan kembali aktif.

    Lisa kini menjadi calon utama untuk memegang watak utama sebagai Rapunzel dalam filem aksi terbaharu Disney. – Utusan Malaysia

    Filem itu bakal diarahkan oleh Michael Gracey, pengarah yang terkenal menerusi The Greatest Showman namun pihak Disney masih belum mengesahkan sebarang butiran lanjut atau memberi komen rasmi mengenai barisan pelakon.

    Terdahulu, Lisa membuat penampilan sulung sebagai pelakon menerusi musim ketiga siri popular HBO, The White Lotus, membawakan watak Mook dan menerima pujian atas lakonannya yang semula jadi.

    Dia juga bakal muncul dalam filem aksi Netflix akan datang berjudul Extraction: Tiger.

    Setakat ini, Disney masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penglibatan Lisa dalam projek Tangled versi aksi hidup itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda