Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Lisa naik bot dengan bos Tag Heuer

    Penyanyi Lisa Blackpink didakwa ditemani ‘kekasihnya’ iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer, Frederic Arnault ketika pulang ke kampung halamannya di Thailand baru-baru ini.

    Memetik laporan Allkpop, media Thailand melaporkan seorang YouTuber mendedahkan penyanyi berkenaan menghabiskan masa di Thailand sejak 10 September lalu.

    Malah, khabarnya pasangan itu turut dilihat menaiki bot di Sungai Chao Phraya, Bangkok sambil ditemani kedua-dua orang tua Lisa.

    Menurut sumber itu lagi, Frederic berada di Thailand bagi menghadiri majlis perasmian butik Tag Heuer yang dibuka di Siam Paragon.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat seakan-akan memberi restu sekiranya penyanyi berkenaan menjalinkan hubungan cinta dengan ahli perniagaan itu.

    “Jika memang Lisa sedang bercinta dengannya, saya rasa Lisa telah buat pilihan yang tepat dan bukan bercinta dengan penyanyi muda yang penuh dengan drama.

    “Kena ingat, Lisa sudah pun menjadi jutawan. Kalau cerita itu benar, mesti ada sesuatu yang dimiliki lelaki tersebut dan bukan hanya kerana wang,” tulis warganet. – Agensi

    Hubungan cinta Lisa masih menjadi tanda tanya peminat. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...